Friday, November 23, 2012

Mungkin akan merindui waktu ini

Wah, tajuk. Panjang naw. huhu. Alhamdulilah, minggu depan saya sudah boleh setart keje, walaupun saya agak berdebar debar dan pening memikirkan hal kerja ini. Banyak perkara negatif yang berada di kepala mengenai kerja ini. But, it's sokaylah. Nak cari pengalaman katanya. Kalau boleh saya nak jadi nelayan je. Dekat dengan rumah dan saya suka laut. Huhu.Amboi. Nanti bile dah bekerja, saya pasti akan merindui waktu penggangguran ini.

Semasa mengganggur saya telah berjaya membeli 3 tudung online. Haha. Waktu ini adalah first time saya membeli secara on9. Kalau dulu saya takut untuk membeli barangan secara online, tapi disebabkan nafsu nak membeli nie, kite cuba je lah. Hehe. Lagi pun first seller yang berhubung tu, sangat baik orangnya. Dan respon cepat dapat. Itu yang buat saya tak ragu ragu untuk membeli di page FB yang lain. Senarnya, dah nama pun menganggurkan, mana lah saya dapat duit ni kan. The taktik is,  paw lah kakak kakak yang bekerja. Jasamu di kenang okayh.

Mungkin saya akan rindu waktu bersarapan di rumah. Kerana di rumah sahajalah saya boleh menikmati pelbagai jenis sarapan yang ada di jual disni. Pelbagai okayh. Nasi lemak, mee goreng, mee hon, soto, nasi ambeng. Wah, pasti rindu.

Upin dan Ipin.  Walaupun ceritanya di ulang ulangkan tetapi tetap best menonton upin ipin. Dah hafal dah pun jalan ceritanya, tapi setiap kali tengok rasa macam first time tengok je. Seronok.

Dan pastinya saya merindui waktu belajar memandu dulu. Dah lama okayh tak bawak kete manual, teringin nya nak drive kete manual, tapi make sure ada orang yang mahir di sebelah saya. Huhu. Walaupun, banyak insiden yang kurang best terjadi semasa belajar memandu tu, tapi tak pe , saya dah lupakan. Tapi, ada jugak perkara yang seronok, gembira yang boleh di jadikan kenangan. Saya memang suka pergi kelas memandu, sebab apa? sebab boleh bawak kete jalan jalan, tapi dah sampai sana  mesti nak cepat balik sebab panas, entahlah, kadang tak paham juga.

Semalam saya baru discover satu belog nie, ia memberikan impak/kesedaran kepada saya, bahawa kita nie memang kena bersedia ke atas segala kemungkinan yang akan terjadi. Pemilik blog ini merupakan seorang wanita muda, mungkin 25 tahun, mempunyai anak kecil dua orang, dan kematian suami pada tahun lepas. . Apa yang saya nak ulaskan ialah, selepas suami dia meninggal dia terpaksa mengambil lesen kereta dan dalam masa yang sama sedang mencari pekerjaan (pada masa itu). Seakan saya ceritanya, iaitu mengambil lesen dan mencari pekerjaan. Hehe. kondisinya sama semasa mencari pekerjaan ialah sama seperti saya iaitu fresh graduate, walaupun beliau sudah lama grad tetapi beliau menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 tahun di pakistan kerana mengikuti suaminya bekerja di sana. Tapi, Alhamdulilah, beliau dah dapat keje yang stabil dan mampu menyara dua anak kecilnya. Suaminya meninggal pada usia muda juga, dan kerena kemalangan , terlanggar kuda yang berkeliaran di jalan raya. Nampak macam pelik tapi, kematian itu pasti, kejadian hanya menjadi penyebab sahaja.

So, sebelum saya berkhawin saya akan pastikan saya ada sebuah kereta dan pekerjaan yang tetap. Itu hanyalah perancangan saya (manusia). Manusia merancang denga cita cita , Allah merancang dengan cinta-Nya.


Waaa, mesti rindu saat saat menjadi penganggur. Haha.

No comments: