Wednesday, September 19, 2012

Job Interview

Kan hari tu aku ade cakap aku ade dapat first interview kan, so aku nak citer lah pengalaman aku yang berharga tu. Mula mula masa dapat call dari HR tu, siap tanya lagi, nie company yang mane erk? Ha, ini lah akibatnye main apply je, tanpa melihat company benda ntah, yang penting area johor, ade kaitan dengan chemical engineering. Dah. Siap. Apply.

So, company tu namanya, Plascolour Compound. Post yang di tawarkan ialah, chemist. Aku pun ok jelah, dan interview telah di tetapkan pada hari isnin, jam 11 dan di tebrau. Masa dapat interview nie, mula mula rasa gembira lah jugak, walaupun ianya tak menjamin apa apa. At least, diorang tengok lah jugak resume aku kan. Penat ja aku buh gambar yang cun melecun itu. Hihihi.

Beberapa hari sebelum interview itu berlangsung, aku disahkan sakit. Ala, penyakit annual year aku. Huhu. Rasa macam malas je nak pergi, sebab kalau ikut pengalaman yang lalu, penyakit aku nie mengambil masa 1 minggu untuk betul2 recover balik. Macam tak sempat, jumaat dah setart demam demam pe semua itu. Tapi, melihatkan usaha ibu bapa aku yang bersungguh sungguh mahu ku pergi, ku turuti jua. Yelah, time nie lah baru sibuk cari segala sijil mijil dan surat murat. Dan orang yang berusaha keras menolong cari adalah abah dan mak aku. Terharu. Entahlah, rasa macam parents nie sumting yang tak de galang ganti tak de duanya lah gitu. 

Sehari before interview, tu aku bun dah setart memprint segala resume, potostat dokumen dokumen yang berkaitan. Aku sempat jugak print, jawapan yang biasa orang tanya semasa interview, contohnya: How you describe yourself, What are your weakness and strength and what you can see yourself 5 years from now, macam macam lah. Aku print sebab nak hafal. Kot kot di tanya , so adelah vocab sikit kat otak ni ha.

So, pada hari kejadian, aku pun sampai dalam pukul 10.30 pagi, dengan sakit sakit nye ku gagahkan diri jugak untuk menempuhinya. Sampai je disana, aku di beri borang. 3helai nak isi borang nye, depan belakang pulak tu. Serius, dakwat pen hampir hampir nak habis mase tu. Mula mula biasalah isi personal detail  sume, last last kat muka surat belakang sekali ade soalan yang aku dah print jawabannya, contonhnya, How you describe yourself, What are your weakness and strength and what you can see yourself 5 years from now. Tapi sempat lah mencuri curi pandang di sekeliling aku , kot2 ade CCTV ke yang telah merakam perbuatan aku menyalin jawaban. Ingat kan benda benda tu semua dia nak tanya by mulut, rupanya by tulisan. 

Tapi, sebelum biarlah aku bagi detail pasal company tu, Plascolour Compound ni adalah sub untuk Plastrade company. Kalau dah nak  company plas plas, mesti dapat agak kan, kilang plastik. Yang buat plastiknya, plastrade tu, so plascolour nie terlibat dalam perwarnaan. Kecik je kilang nye, dan mostly chinese, except kakak HR, yang telefon aku tu malay. Macam dah agak peluang agak tipis.

Berbalik kepada borang yang aku isi tadi, setelah aku berhempas pulas mengcompletekan nya, aku hantar kat mamat chinese ni, so, dia pun call boss dia untuk interview aku. Senarnye, post yang ditawarkan kat aku adalah QA Engineer bukan Chemist. Whatever. Aku tak kisah pun. Soalan soalan basic lah dia tanya, tapi yang aku tak leh terima, dia macam nak provok aku bile aku tak de experience kerja dalah bidang QA. So, we need a job to gain an experience, and then, they need experience worker to get this job.. Tak de asimilasi langsung. Dan yang peliknye, siap advertised lagi kat jobstreet, FRESH GRADUATES ARE ENCOURAGE TO APPLY. So?

Entahlah, rasa macam tak dapat job nie. Tak pe. Don't give up. Rezeki kita Allah dah tetapkan , tinggal cari, usaha dan doa. Oke.


No comments: