Wednesday, September 19, 2012

Dan Kerana Agamanya

Aku teringat perbualan aku dengan sahabat ku, seorang wanita solehah mengenai tunangnya (sekarang dah jadi suami). Aku tertanya tanya bagaimana dia boleh merasakan tunang nya itu adalah yang terbaik untuknnya, sedangkan sebelum ni dah banyak lamaran yang di tolak. Orang lain bercinta pang pung pang pung , kecoh satu kampung, tapi sahabatku yang solehah ini, menerima banyak lamaran, diam je. Lagi pun , as we know, hanya perkhawinan (walimah) yang wajib di uar uarkan kan.

Perkara pertama yang dia lakukan adalah solat istikharah. Kalau kita rasa hati kita tenang dengan keputusan penerimaan, maka teruskanlah.

Kedua, kerana agama. Kita tak boleh menolak lelaki yang baik agamanya. Banyak kali lah dia berpesan kepada ku, ingat Mas, tak elok kalau kita menolak lelaki yang baik agamanya. Dan perkara itu betul betul dah tertanam dalam kepala aku nie.


“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Dan, sahabatku ni sempat menceritakan bagaimana kawannya menolak pinangan seorang lelaki soleh tanpa usul periksa. Dan sampai sekarang sahabatnya masih belum menemuinya jodohnya di usia lewat 30-an. 

Kalau nak siasat bagaimana perwatakkan orang yang meminang kita, mestilah melalui orang orang yang terdekat dan boleh di percayai. Yang boleh memberikan informasi yang jujur mengenai lelaki tersebut. Ini juga di sebut sebagai salah satu usaha untuk kita mengenali lelaki tersebut. Selain berserah kepada Allah, kita hendaklah berusaha untuk mencari calon suami yang terbaik untuk kita.

Yang pasti aku dapat lihat bagaimana bahagianya perasaan sahabatku di alam pertunangnya. Boleh dilihat bagaimana dia cemburu melihatnya tunangnya, walhal selama ini dia tidak pernah membicarakan soal lelaki kepada kami. 

Ramai jugak kawan kawan aku yang cemburu dengan sahabat ku ini (termasuk aku) , yelah melihat bagaimana dia betul betul mengikut syariat islam semasa mendirikan rumah tangga. Inilah baru dikatakan cinta high class, kata Fatimah Syarha.

Tak lama lagi sahabat aku ni akan fly ke Deanmark, mengikuti suaminya yang sedang menajalani pengajian master di sana. (OMG, bertambah tambah jeles).

Kadang kadang aku terfikir, aku ni bukan baik sangat, tapi aku sangat bersyukur Tuhan selalu hadir kan aku sahabat sahabat yang solehah, yang mengingati pasal solat, agama dan sebagainya. Dan sahabat aku yang satu ini, selalmu mengajak aku untuk sembahyang berjemaah di masjid. Alhamdulilah. Terima Kasih Ya Allah, hanya Kau saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk  hamba mu ini.






No comments: